Everyone in the world has their own family including me...
Siapa yang tak ada keluarga memang menipu kecuali robot...
Siapa yang tak ada keluarga memang menipu kecuali robot...
Semua orang ada keluarga masing - masing cuma ada segelintir tak tahu ahli keluarga dia siapa dan dimana... Kasihanilah pada mereka - mereka ini kerana mereka nak sangat jumpa ahli keluarga...
Yang kita ni pula terbalik, tak nak dah jumpa ahli keluarga. Kalau boleh, tak nak jumpa langsung... Ish ish ish... Mana pergi semangat kekeluargaan yang ada dalam diri tu? Zaman sekarang ni, selalu je keluar berita budak lari ikut boyfriend kan? Yang jadi tanda tanya dalam kepala otak saya yang berkarat minta dipolish ni, kenapa kita sanggup buat buat macam tu? Apa keistimewaan boyfriend awak tu sampai awak terpesona dan rasa diri terpanggil nak ikut dia lari ke Lombok (macam Lombok je satu - satunya tempat). Okay, bukan Lomboklah, kasihan pada Lombok, kita guna Siam pula... Harharhar!
Yang saya nak sangat tanya, handsome sangat ke boyfriend awak tu? Muka macam Aaron Aziz ke? Kalau muka setakat macam 'kera' yang nak ikut sangat tu kenapa? Sekurang - kurangnya kalau muka handsome tu bolehlah tampung hidup dengan menjadi pelakon, penyanyi ataupun model kan...
Cukup dululah mengutuk orang kan? Sekarang saya nak berkongsi pula dengan anda semua tentang keluarga saya walaupun tak ada apa sangatlah dengan keluarga saya sebab kami sekeluarga (ayat macam orang berpengaruh) tak ada isu hangat yang patut dibicarakan.
Keluarga saya memang Happy Family. Dalam sepanjang lorong, rumah keluarga saya yang paling 'meriah'. Rumah lain semuanya senyap sunyi je. Tak ada suara langsung. Maklumlah, anak semua dah besar panjang, ye dak? Rumah saya ni pula, siang malam pagi petang memang tak ada rehat untuk berhenti me'meriahkan' suasana lorong tu. Even tadika sebelah rumah yang 'kaya' dengan budak - budak tu pun kalah bila lawan dengan rumah saya. Punyalah meriah kan?
Biasanya suara lazim yang akan kedengaran bunyi pekikan, lolongan atau jeritan zahir dan batin. Penyumbang pekikan, lolongan dan jeritan zahir dan batin itu ialah ibu, saya, nenek dan semua adik - beradik saya. Hebat tak? Awesome kan?
Kalau tak ada pekikan, lolongan dan jeritan zahir serta batin tu dalam satu hari memang tak sah dalam lorong tu. Jadi, dengan mudahnya jiran - jiran saya mengetahui jika diam je rumah saya tu maknanya tak ada oranglah dalam tu... Kalau 'meriah' tu adalah penghuni rumahnya tu...
Ok, saya rasa cukuplah dulu saya menulis sebab jari jemari saya ni dah penat menulis dek kerana otak malas mula berfungsi menyebabkan saya malas nak menulis lagi.
Sayounara!