Dengan tahap kegedikan yang melampaui batas, saya seraya berkata, Hai semua! You all okay ke? Sihat? Dah makan? Kalau tak sihat silalah bertemu doctor pakar sakit fizikal! Hikhik. You alls ni kenapa? I tanya baik - baik pun you all tak nak jawab! Sampai hati you all buat I macam ni! Dahlah, I nak pergi merajuk dan membawa diri ke LA!
Berdasarkan petikan di atas, tak ada apa - apa niat dan tujuan buruk pun. Saja nak bagi refreshments biar orang setia bersama blog saya yang serba indah ini. Harharhar! Sebenarnya, hari ini saya dengan bangganya nak ceritakan tentang keterujaan saya saya sejak semalam! Harharhar! Sememangnya teruja sangat sebab itu adalah moment yang saya paling suka! Awak semua mungkin tak suka sebab ini bukan terjadi dalam hidup awak. Saya suka sebab saya rasa sangat teruja dan bangga dengan diri saya! Harharhar!
Oh, betapa annoyingnya cara saya ketawa! Tak apa, tak makan hati pun, saya makan ayam dan ikan serta sayur - sayuran dan buah - buahan. Tidak dilupakan kepada para makanan laut yang sudi membangkitkan selera saya. Ini dah macam buat penghargaan dalam folio. Hm, Cik Yam, daripada awak sibuk sangat nak update blog, belajar lagi bagus. Cuba jadi macam Cik Aiman tu! Tak pun Cik Dayang dan Cik Nazihah! Rajin je belajar. Siang malam pagi petang setiap masa, ketika, jam dan saat digunakan sehabis baik demi menjamin kebahagiaan dan keelokan markah peperiksaan.
Okay, sekarang saya merasakan yang saya perlu sangat berhenti dari menyimpang ke jalan yang bengkang bengkok. Jangan salah faham! Saya merupakan seorang gadis yang baik dan tidak akan mencemar nama keluarga. Mencemarkan nama keluarga ada banyak cabang, bukan yang satu yang sekarang bermain dalam kepala otaka awak! Boleh tak suruh benda tu pergi? Jangan bagi dia ruang untuk bermain masak - masak dalam kepala awak tu? Ish, susah betul nak bermenulis dengan orang yang terlalu kerap berfikir negatif ni! Haaaaa, kan Respected Chicken dah marah, cepat pujuk dia! Nanti dia mogok tak nak update blog macam mana? Suram lah hidup awak semua! Harharhar! Gedik sungguh Cik Yam kita ni ye?
Okay lah. Kita terus je kepada cerita tentang apa yang membuatkan Respected Chicken excited sangat? Sebenarnya.............................................. (akan disambung dalam perenggan baru)
Semalam, saya dengan berbekalkan semangat yang jitu dan kental (cewah) terus je pergi search dalam google sebab nak cari blog kawan. Kawan saya, Cik Aiman pernah cakap pada saya yang dia ada blog. Tak tahu kenapa baru hari tu terbuka hati nak cari dan search (kan sama je cari dan search?) blog kawan saya yang satu tu. Jadi, dengan semangat yang berkobar - kobar, saya pun menekan huruf - huruf dalam komputer dan keluarlah nama yang saya tuliskan tu. Saya pun cuba mencari mana satu di punya sebab dalam internet kan berjuta orang ada nama yang sama dengan kita. Yang terkejut sangat, nama saya pun ada juga! Huh, nama saya yang unik lagi vintage ni ada lagi orang lain yang sama nama! Tak apalah, saya tak kisah.
Sebagai seorang kawan yang memang kawan sejati, saya berjaya mengagak yang mana satu blog kawan saya. Saya pun tekanlah pada nama tu, dan jeng jeng jeng... keluarlah blog dia! Yeay! Saya berjaya! Tapi, tak tahu lagi sebab nak kena sahihkan lagi bukti kukuh tu! Jadi, dengan sepantas tangan saya menaip komputer (maknanya tak laju sangat) saya mencari pemilik blog tu. Dan saya berjaya ketemu jua dengan pemilik blog tu! Yeay dan Hooray! Saya meneliti gambar dalam tu, dan saya teramat yakin dan pasti yang memang dialah yang saya cari sejak 1 minit yang lalu!
Saya masih tak beritahu lagi siapakah gerangan tuan punya blog ni kan? Dalam blog ni, saya panggil dia Cik Aiman!Kalau awak berminat nak buka blog Cik Aiman, tekan Cik Aiman! Ni saya nak bagi sikit description tentang blog kawan saya ni.
Blog dia ni pada pandangan mata saya simple dan menenangkan. Gaya bahasa yang digunakan juga bagi saya santai. Tak nampak serius. Menggunakan background bermotif tembikai memang menarik! Sebab, SETAKAT INI saya masih belum jumpa dengan orang yang menggunakan motif tembikai sebagai background pada blog. Kalau awak dah buka clog dia, awak akan perasan yang dia tak tulis apa - apa entri dalam blog dia sejak awal tahun 2012 kan? Kenapa?
Sebagai kawan baik Cik Aiman, saya tahu sebabnya. Ini disebabkan olah kakaknya telah block blog tu! Jadi, dia tak dapat buka blog dia lagi... Sekarang, kakak Cik Aiman dah ok, dah tak macam dulu lagi : ) *Nota tangan buat Cik Aiman, kalau kau baca blog ni, kau jangan marah aku tau? Aku cuma nak promosikan blog kau dan blog aku*
Selesai sudah cerita yang penuh panjang lebar ini. Saya berharap anda bukalah blog Cik Aiman sebab walaupun dia tak dapat post apa - apa pun sepanjang tahun ini, post dia pada tahun lepas pun memang best!


