Awak semua nak tahu tak apa yang terjadi pada hari ini? Tak nak? Tak apa, tak kisah. Yang saya tahu, saya ada post sesuatu dalam blog saya yang kurang indah ni...
Sebenarnya saya ada beberapa cerita yang mahu disampaikan khas buat tatapan [tatap je] anda semua...
Terima lah beberapa cerita saya ini sebagai pedoman dan pengajaran dalam meneruskan hidup yang penuh dengan dugaaan dan cabaran ini. Yang hidup, teruskanlah perjuangan hidup. Yang mati, tak ada apa nak cakap sebab dah mati (tak ada kaitan). Harharhar! Tengok ayat yang saya tulis di atas tu, semuanya skema kan? Bukan sikit, BANYAK tuuuuu! Lebih dari dua patah perkataan. Harharhar! Macam dalam dokumentari pula lah ye?
Cerita 1 Lokasi: Rumah Masa: 0650
Pada suatu pagi yang indah, pada pukul 0650 pagi, ibu mengejutkan daku yang terlanjur tidur. Ibu berkata, "Anak bertuah! Bangun! Tengok jam dah pukul berapa dah ni!" dengan suara yang merdu lagi menusuk kalbu. Lantas, saya pun bangun dan menuju ke arah jam dinding yang berwarna silver kekelabuan (silver memang kelabu kan, cuma ada metallic sikit) yang disangkutkan di ruang keluarga [kot] dan saya mendapati ketika itu jam menunjukkan pukul 0650 pagi. Saya dengan tergesa - gesanya terus menuju ke bilik air dan mandi laju- laju. Walaupun laju-laju, saya tetap tidak melupakan gosok gigi dan ambil air sembahyang. Eh, sekejap! Sebelum pergi mandi, saya gosok uniform sekolah dulu sebab malam semalam lupa nak gosok! Harharhar!
Bila saya keluar je, jam dah tunjuk pukul 0700 pagi. Saya pun terus je solat Subuh... Teringat ustazah masa form 2 dulu pasal solat Subuh lambat - lambat macam yang saya buat ni, ustazah cakap tu Subuh 'dinosaur'. Tak tahu kenapa ustazah cakap macam tu, tapi saya rasa mungkin sebab dah lewat, nampak dah matahari yang bersinar riang tak sabar nak menerikkan suasana, dan dikaitkan dengan dinosaur yang besar dan gedabak tu. Faham ke? Tak faham? Tak apa, jangan risau, saya tak nak tolong fahamkan! Harharhar!
Dah siap solat, saya terus salin jadual untuk hari tu... Masalah yang selalu timbul bila kita buat sesuatu kerja tu last minute, tak akan jadi perfect. Dan, itulah yang terjadi.. Saya lupa nak bawa buku writing untuk English dan se-pakej buku Sejarah. Harharhar!
Selepas itu, saya pun bertolak pergi ke sekolah. Sampai je pukul 0725 pagi. Tepat - tepat! On time! Nasib baik tak ada pengawas nak tutup pagar masa tu! Selamatlah nyawa saya kali ni... Saya pun terus jalan laju - laju masuk kelas! Cikgu tak masuk lagi, yeay!
Cerita 2 Lokasi: Kelas, sekolah Masa: 0925
Sekarang ni waktu English, cikgu pun masuk kelas. Cikgu saya yang seorang tu suka benar masuk kelas awal, tak suka tahu! Dah lah selalu je kalau ada masa English, dia mesti datang! Tak pernah m/c kecuali beberapa kali je [komited sungguh cikgu tu ye]. Saya sungguh tak suka memandangkan saya terlupa nak bawa buku writing yang diminta pada hari Selasa lalu. Dah lah tak ada idea masa tu, diplus pula oleh masa yang dirasakan lambat sungguh berlalu! Satu jam pula tu! Waaaaa, I nak menangis masa tu! Cengengnya! Okay, sebenarnya tak nak menangis pun cuma hati berkata - kata, "cepatlah habis waktu, cepatlah habis waktu, cepatlah habis waktu" banyak kali.
Saat berganti minit, minit bertukar jam. Ceh, tak adalah sampai jam. Menipu je kerjanya! Pukul 0900, cikgu minta hantar buku. Nasib baik cikgu bergeradari satu tempat ke tempat yang lain. Kurang sikit stressnya tu. Tapi, bila sampai barisan yang paling hujung, orang yang terakhir, saya mula dilanda kerisauan yang teramat. Nasib saya baik hari tu, cikgu pergi dulu ke belakang kelas. Fuh! Selepas beberapa orang cikgu tanda buku, waktu habis. Yeay bagi saya! Harharhar!
Cerita 3 Lokasi: Kelas, sekolah Masa: 1045
Now, it's time for History! Satu jam! Nasib baik cikgu tu cara mengajarnya seronok, I suka sangat! Gediknya! Tapi, masalah timbul bila cikgu minta buku latihan sebab masa tu nak check jawapan. Nasib baik kawan sebelah pun tak bawa buku juga! Fuh lagi! Tapi, masih belum habis ceritanya! Ada orang lain lagi yang turut tak bawa buku, cikgu perasan mereka dulu. Dapatlah se-cubit rasa seorang. Saya dan kawan saya tu pun cepat- cepatlah keluarkan buku entah apa - apa dan buat - buat macam ada je buku! Harharhar!
Cerita 4 Lokasi: Luar pagar sekolah Masa: 1245
Waktu balik pun tiba. Saya pun keluar dari sekolah bersama - sama dengan seorang kawan saya sebab saya tumpang kereta dia. Dah sampai luar pagar tu, ada dua lagi kawan panggil. Tengok muka macam ada sesuatu yang serious telah berlaku. Mereka tanya saya, " Wei, ada tak cikgu ERT masuk kelas kau tadi?". Saya pun menjawab, "Tak ada pun, langsung. Apasal, kenapa wei?". "Cikgu kitorang cakap esok lepas rehat ada chef nak datang sekolah!".
Dengan muka bershining mereka cakap pada saya. Saya cakap asalkan saya dapat makan saya pergi je! Huh! Nampak sangat kuat makan! Harharhar!
Cerita 5 Lokasi: Rumah Masa: 1255
Tadi saya blogwalking di blog orang serta follow sekali yang mana saya suka. Tapi, yang paling saya suka ialah blog lyssasecret.com. Blog ni ada tutorial dan banyak lagi benda menarik yang SAYA suka. Walaupun background dia saya tak suka sangat, tapi apa yang nak dikisahkan sebab isi blog dia menarik! Harharhar! Then, buka blog benashari.com. Dia ni memang AWESOME sangat. Cuba baca entri- entri dia, mesti tertarik dan nak follow dia ni. Selepas itu ialah japanlover3.blogspot.com. Blog ni memang menarik. Backgroung dia tak membosankan! Dan, dia bagi banyak informasi berguna.. Tapi, nama pun JapanLover, mestilah semuanya mengenai Jepun je. Kalau Kpop lain pula. Yang kedua terakhir ialah fatinkpoplover.blogspot.com. Nama kpoplover, jadi perbincangan mestilah pasal kpop macam JapanLover kita. Sebenarnya, sayani tak minat langsung kpop. Nama orang- orang kpop ni pun hari ni ingat, esok lupa. Sama juga dengan muka mereka. Tapi, apa apa pun, blog dia seronok dan menarik hati saya! Sebab tu saya follow dia! Yang terakhir ialah cikepal06.blogspot.com. Blog dia ni AWESOME. Dia juga seorang yang sangat santai.
Saya rasa itu je lah untuk hari ni. Itupun dah panjang menggelebeh dah.
Ok, bye.
No comments:
Post a Comment