Salam Sejahtera! Salam 1 Malaysia! Salam Hari Jumaat! Justeru, marilah kita berSalam - salaman diantara lelaki dengan lelaki dan perempuan bersama perempuan! Harharhar!
Hari ini dengan rasminya, saya, Dato' Seri Paduka Ayam Terhormat ingin menyatakan sesuatu yang bakal membuatkan anda semua menangis hingga keluar air mata darah! Harharhar! Hari ini, dengan segala hormatnya saya ingin beritahu kepada semua dan warga Malaysia khususnya, bahawasanya, saya, Ayam Terhormat sedang dilanda wabak penyakit yang amatlah tidak serius sekarang ini... Dan, sekarang ini, keadaannya dilaporkan semakin pulih kerana baru sahaja menjalani rawatan intensif daripada komputer berjenama yang dimiliki keluarganya. Sekian sahaja dari saya, Ayam Terhormat melaporkan untuk TV AYAM, Massachussettes, Amerika Syarikat.
Harharhar! Macam mana? Ada gaya pemberita + wartawan tak? Tak ada? Salah tu. Cuba baca semula apa yang saya tulis, mesti anda perasan bakat tersembunyi saya tu... Nampak sangat perasan, ye dak? Harharhar! Tapi, dalam semua 'penipuan' yang saya tulis, ada satu eh dua perkara je yang betul tahu? Alah, yang Ayam Terhormat tengah sakit perut tu lah! Dengan 'rawatan intensif' yang saya buat sekarang ni lah!
Nak tahu tak 'rawatan intensif' yang saya buat tu sampai menaip bagai dah sihat sepenuhnya je? Haaa? Terkejut mak! Betul ke nak ni? Selalu tu tolak je kan? Tak apa, Ayam Terhormat atau singkatannya AT akan memberitahu (dengan penuh semangat)! Rawatan tersebut (tersebut?) adalah dengan hanya menaip je lah! Tak ada lain lagi! Memang itu je lah yang saya buat. Terbukti berkesan! Harharhar! Kalau awak nak cuba, dipersilakan sebab saya tak letak apa - apa mandat yang mengatakan tak boleh pun... Kan saya dah share 'pengetahuan' ni? Maksudnya, boleh lah! Kalau tak boleh saya takkan share sebab blog kan public, semua orang boleh baca, orang luar negara pun boleh baca juga walaupun tak faham walau satu patah perkataan!
Tapi kan, sekarang ni kan dah boleh private blog? Masalahnya, saya tak tahu macam mana nak 'rahsiakan' blog tu! Waaaaaaa! Awak semua tolonglah saya! Sesiapa tolong beritahu saya! I am too DESPERATE right now!
Okay, bye! (Tak ada mood nak meneruskan bicara walaupun Mrs. Idea merengek - rengek minta dikeluarkan)

No comments:
Post a Comment