Sebelum saya memulakan sebarang pembuka kata, mahu saya minta maaf kepada sekalian pembaca yang setia membuka blog saya yang bersawang dan berhabuk serta tidak menarik langsung ni. Harap awak semua maafkanlah saya... Siap letak image yang 'menarik hati' lagi! Tahun lepas cuma sekali je post, tak nak lah tahun ni pun macam tu juga... Sedih hati ini mengenang perkara sebegitu... Harharhar! Ayat tak boleh blah.
Sebelum mula apa - apa, saya nak ucap Selamat Tahun Baru, Selamat Tahun Baru Cina, dan Selamat Hari Jadi kepada para pembaca - pembaca sekalian. Walaupun sekarang dah masuk bulan 4, tak salah saya RASA kalau nak ucap Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baru Cina sebab belum setengah bulan berlalu untuk tahun ini.. Harharhar! Nak tergelak bila baca semula ayat saya ni sebab tak pernah pernah guna ayat sebegini BAKU untuk tulis dalam blog yang saya sudahpun jadikannya jurnal.
Seperti yang awak semua boleh tengok pada tajuk di atas, dah tentu - tentu saya nak tulis mengenai azam baru saya untuk tahun ini. Awak semua nak tahu ke apa azam saya? Tak nak? Hm, tak kisah, saya tetap nak beritahu sebab dah ni memang OBJEKTIF saya mengepost untuk entri kali ini.
Azam saya tahun ini nak rajin - rajin update blog berhabuk dan bersawang serta penuh dengan segala haiwan yang buat sarang dalam blog ni.
Saya rasa itu je yang saya nak tulis untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi lain kali!
p/s saya tak tahu macam mana nak 'berjumpa' lagi dengan awak semua macam yang saya tulis tadi. Huh! Cakap tak serupa bikin!

No comments:
Post a Comment