20120407

Triple Chicken Sensation

     Waaaaa! Sugoi desu ne!
     Tadi kira - kira pada 2035, saya dan keluarga bahagia saya pergi ke Pizza Hut Nilai. Sebab nak makanlah, apa lagi kan? Ada ke orang yang pergi Pizza Hut cuma nak duduk duduk lepaskan lelah sambil cium bau pizza? Tak ada kan? Kalau ada, saya tak nak komen apa - apa lah sebab nanti marah pula orang tu! Harharhar!
     Nama pun Pizza Hut = Pondok Pizza, kan dah terkenal di seantero dunia pasal Pizza Hut ni, semua kenal Pizza Hut tu tempat orang makan Pizza dan lain - lain yang telah di-variety-kan seperti spagetti dan platter. Tidak dilupakan juga 'Soup Of The Day' yang sedap! Macam nak ambil semua yang ada dalam periuk besar tu je! Boleh ke? Kena tanya orang pizza ni! Harharhar!
     Ni sebenarnya nak cerita, tadi masa pergi Pizza Hut, hati ini mengidam (mengidam?) pula nak cuba rasa pizza Triple Chicken Sensation yang baru - baru ni keluar iklan TV tu. Dan mungkin sebab pengaruh kak Lyssa Faizureen semasa dia ada buat entri mengenai pizza ni. Jadi, saya pun me'rasuah' adik supaya beli pizza tu. Harharhar! Nakal sungguh! Nakal je, tak jahat lagi, :) Jadi, adik pun cakap pada ayah saya yang dia nak pizza Triple Chicken Sensation. Sebenarnya, pergi Pizza Hut sebab nak sambut Hari Jadi adik yang ke-rahsia! Ayah saya cakap, kalau nak order apa - apa pujuklah adik minta tolong orderkan!
     Jadi, inilah senarai order apa yang telah kami beli tadi:
- Triple Chicken Sensation 1 (Large)
- Super Supreme 1 (Regular)
- Platter 2
- Salad 1
- Soup of the Day 2
- Air Mountain Dew 4 (adik mengada - ngada nak air lain)
- Milo 1
- Iced Lemon Tea 1 (warna macam air asam jawa, rasa pun lebih kurang)
     Itulah senarai makanan dan minuman yang telah dipesan oleh kami sekeluarga :) Banyak tahu! Sampai tak cukup tempat nak letak pizza, jadi terpaksalah minta waiters dan waitresses tolong angkat yang mana dah kami habiskan sebelum letak pizza. Nasib baik dah habis, kalau tak terpaksalah waiter dan waitresses tu tunggu kami habis makan dulu! Harharhar!
     Yang bestnya sebab dapat makan pizza Triple Chicken Sensation tu! Sedap tahu! Bagi sesiapa yang belum cuba, cubalah! Mesti nak lagi lepas tu. Kalau yang dah rasa tu saya cuma nak cakap, komenlah dalam ruang komen saya untuk saya tahu sedap ke tidak ye?
     Ok, saya rasa itu je lah yang saya nak tulis untuk entri saya pada hari ini. Okay, moga berjumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara dengan begitu baik sekali oleh Respected Chicken